KUALA LUMPUR, 7 Julai- Pelbagai usaha membantu penduduk terjejas banjir lumpur di Baling, giat dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, antaranya membantu penduduk membersihkan kediaman mereka.
Datuk Seri Hishammuddin menerusi laman facebooknya berkata, seramai dua pegawai dan 38 anggota lain-lain pangkat dari 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diatur gerak ke Kampung Padang Empang, Iboi.
Mereka bertindak membantu penduduk membersihkan tujuh kediaman yang terjejas banjir.
Semalam pagi, Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan pembinaan Jambatan Bailey yang akan dilaksanakan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), bagi menggantikan jambatan yang runtuh akibat banjir.
Ia dapat menghubungkan kembali Kampung Iboi dengan Kampung Masjid Iboi.
(Anggota ATM membantu penduduk membersihkan kediaman mereka/ FB Hishammuddin Hussein)