fb fb fb fb fb

Tragedi Baling tiada kaitan dengan gempa bumi di Andaman

(Foto fail)

PETALING JAYA, 7 Julai- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengesan 20 siri kejadian gempa bumi di sekitar Kepulauan Andaman dengan magnitud lemah iaitu kurang daripada 5.0.

Menurut kenyataan MetMalaysia, kejadian itu dijangka tidak mengakibatkan tsunami yang boleh memberi kesan kepada Malaysia.

Jangkaan ini berdasarkan pemantauan berterusan serta analisis data dan maklumat seismologi dan tsunami.

Kejadian tersebut akan terus dipantau, sebarang perkembangan terkini yang memberi kesan kepada negara akan dimaklumkan dengan segera.

Terdahulu, tular beberapa hantaran di laman Facebook yang mendakwa kejadian banjir dan fenomena kepala air yang melanda Baling, Kedah baru-baru ini berpunca daripada kejadian gempa bumi di Laut Andaman.


(Keadaan banjir yang melanda di Kampung Iboi, Kupang/BERNAMA)

Media Baharu