fb fb fb fb fb

KPDNHEP rangka strategi tangani isu minyak masak paket

(Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua, kanan) melancarkan logo Carsome Certifield ketika melawat Carsome Certifield Lab di Bandar Bukit Raja/BERNAMA)

KLANG, 7 Julai- Masalah dari segi pengedaran dan ketirisan pihak tidak bertanggungjawab dikenal pasti punca kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya sentiasa merangka strategi bagi menangani isu tersebut.

"Kita ada OPS Samar, OPS Samar Ini penguatkuasaaan kita tak berpakaian seragam mereka pakai baju biasa sahaja untuk masuk mana-mana tempat untuk memastikan sama ada kejadian itu berlaku atau tidak," katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan di Carsome Certified Lab di sini.

Kerajaan memperuntukkan 60,000 tan metrik minyak masak bersubsidi setiap bulan bagi menampung keperluan orang ramai.


(Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ditemui wartawan selepas mengadakan lawatan di Carsome
Certified Lab di Klang)

Media Baharu