TPM Zahid tekankan kepentingan ilmu sains, kemahiran teknikal

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Kerajaan terus memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan menerusi gabungan pendidikan agama dan kemahiran teknologi bagi melahirkan generasi Islam yang berilmu, berkemahiran serta mampu bersaing dalam pelbagai bidang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Generasi perlu menguasai al-Quran, ilmu sains dan kemahiran teknikal untuk menghadapi cabaran semasa.
  • Peningkatan huffaz profesional berjaya dalam perubatan, kejuruteraan, teknologi, kewangan dan pengurusan.
  • Perkukuh TVET sebagai laluan strategik untuk memperluas potensi huffaz dan belia Islam.
  • Kemajuan perlu disokong modal insan berprinsip, berkemahiran dan mempunyai pertimbangan baik, bukan hanya ukuran fizikal dan ekonomi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata generasi masa depan perlu menguasai al-Quran, ilmu sains dan kemahiran teknikal sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran semasa serta memenuhi keperluan dunia yang semakin mencabar.

Menurut beliau, perkembangan itu dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah huffaz profesional yang berjaya dalam bidang seperti perubatan, kejuruteraan, teknologi, kewangan dan pengurusan.

Katanya, usaha melahirkan lebih ramai huffaz profesional perlu diteruskan dengan memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai laluan strategik untuk meningkatkan kemahiran golongan tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa kemajuan sesebuah negara tidak boleh diukur berdasarkan pembangunan fizikal dan pertumbuhan ekonomi semata-mata, sebaliknya perlu disokong oleh modal insan yang berprinsip, berkemahiran dan mempunyai pertimbangan yang baik.

“Kita mahu melahirkan generasi yang berpengetahuan, berprinsip, berkemahiran tinggi serta mampu membuat pertimbangan yang betul.

“Menerusi agenda TVET, ia mesti terus diperkasakan sebagai laluan strategik untuk memperluas potensi huffaz dan belia Islam, supaya mereka tidak hanya menguasai ilmu agama tetapi juga merebut peluang dalam sektor ekonomi baharu,” katanya ketika merasmikan Persidangan Ulama Asia Tenggara Keempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.