fb fb fb fb fb

TPM New Zealand berlepas pulang

Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters/Foto BERNAMA

SEPANG, 9 Jun- Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi empat hari ke Malaysia.

Pesawat membawa beliau serta rombongan berlepas pukul 10.10 pagi dari Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut hadir mengucapkan selamat jalan ialah Setiausaha Bahagian, Kementerian Luar Negeri, Ismail Mohamad Bkri.
 
Sepanjang lawatan beliau, beberapa pertemuan serta program diatur termasuk perjumpaan bersama sama Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim

Menerusi pertemuan itu, kedua dua negara turut menyatakan komitmen terutama dalam memperkasakan kerjasama dua hala melalui sektor peralihan tenaga, perdagangan, pelaburan serta pertahanan

Dalam masa sama mengukuhkan  kerjasama sedia ada di bawah Kerangka Perkongsian Strategik.

Melalui kerjasama ekonomi pula, Malaysia menjadi rakan dagang kedua terbesar New Zealand, dengan jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM6.32 bilion setakat Jun tahun lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD