fb fb fb fb fb

'Bah! Mari Pigi Sabah & Labuan' tawar pakej menarik sasar 1500 peserta

(Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, Shahrin Mokhtar pada Majlis  ‘Bah! Mari Pigi Sabah & Labuan’/FOTO Tourism Malaysia)

KUALA LUMPUR, 23 Mei - Tourism Malaysia menyasarkan peserta pelancong perniagaan, komuniti ekspatriat, pelajar di sekolah antarabangsa dan institusi pengajian tinggi swasta
di Lembah Klang untuk melawat Sabah dan Labuan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, Shahrin Mokhtar berkata, jika sebelum ini sasaran tahunan mereka adalah komuniti perniagaan di Malaysia Barat.

"Ini dapat dapat menyerlahkan lagi destinasi pelancongan berasaskan komuniti dan luar bandar antara produk dan pakej di Sabah dan Labuan. Jadi Sabah merupakan destinasi terbaik untuk melancong kerana ia berasaskan pelancongan satu komunit dan pelancongan hijau," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis ‘Bah! Mari Pigi Sabah & Labuan’ Roadshow 2023 di ibu negara.

Bermula pada hari ini, jerayawara bertemakan “Melestarikan Pelancongan untuk Masa Depan Kita" menyasarkan peserta seramai 1000 hingga 1500 orang.

Ia diharap dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan khalayak sasaran mengenai pelancongan mampan selaras dengan Pelancongan Tumpuan baharu Malaysia bagi mempromosikan Malaysia sebagai eko-pelancongan paling dikenali didestinasi dunia.

Media Baharu