fb fb fb fb fb

Penyelarasan tarif elektrik T20 diumum dalam tempoh terdekat

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Penyelarasan tarif elektrik kepada pengguna domestik golongan berpendapatan tinggi (T20) dijangka diumum dalam tempoh terdekat.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelbagai faktor perlu diteliti termasuk trend harga pasaran arang batu dan gas yang kini stabil berbanding beberapa tahun lepas.

"Sebelum ini kita sudah lama kekang harga itu pada harga yang sangat rendah. Itu sebab peningkatan tarif agak drastik. Jadi itu satu faktor yang kena diambil kira.

"Penyelarasan akan dibuat berdasarkan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh enam bulan, bermula Julai sehingga Disember ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Hidrogen Hijau ASEAN di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata golongan T20 tidak akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta Bantuan Kewangan Haji.


(Foto Hiasan)

Media Baharu