KOTA BHARU, 23 Mei- Bau busuk di sebuah hotel membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki.
Pekerja hotel, Hairi Che Hashim berkata sebelum menemukan mayat tersebut, beliau sedang membuat kerja pemantauan di aras bawah hotel kerana digenangi air sedalam 0.4 meter.
"Ketika menuju ke arah parkir tersebut, saya terhidu sesuatu yang kurang menyenangkan sebelum mencari arah bau tersebut.
"Saya ternampak mayat seorang lelaki lengkap berpakaian di satu penjuru.
"Walaupun hotel ini tidak beroperasi, pemantauan tetap dijalankan termasuk kerja mengepam air di aras bawah yang dilakukan sebulan sekali," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Mayat tersebut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat.
(Mayat tersebut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di siniuntuk bedah siasat)