fb fb fb fb fb

Parti seks beramai-ramai: JAINJ diminta siasat, ambil tindakan segera

(Mohd Fared menegaskan, pihaknya tidak membenarkan penganjuran parti seumpama itu di negeri Johor)

JOHOR BAHRU, 22 Mei- Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) diminta menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mencegah penganjuran parti seks beramai-ramai yang dijadualkan berlangsung 20 Jun ini di Johor Bahru.


Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid menegaskan, pihaknya tidak membenarkan penganjuran parti seumpama itu di negeri Johor.

Beliau juga mengajak rakyat Johor berganding bahu, mencegah dan menghalang kegiatan tidak bermoral itu.

"Anjuran parti secara perkongsian kos itu, tular menerusi satu poster di Twitter malam semalam, yang mengenakan beberapa syarat penyertaan.

"Antaranya, peserta perlu menghantar butiran peribadi dan pengalaman seks beramai-ramai," kata Mohd Fared kepada media di sini.

Poster itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi kegiatan mereka.

(JAIJ diminta siasat, ambil tindakan segera)

Media Baharu