(Foto fail)
IPOH, 23 Mei- 264 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh Perak dan sedia diakses pengguna.
Setakat bulan lalu kadar ketersediaan perkhidmatan 5G di negeri itu telah meliputi lebih 45.8% kawasan berpenduduk.
Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata sejumlah 491 tapak 5G disasar dibangunkan oleh DNB menjelang hujung tahun.
"Sekiranya terdapat permintaan bagi tujuan perusahaan daripada syarikat syarikat perusahaan, ketersediaan perkhidmatan 5G di kawasan tersebut akan dilaksanakan oleh DNB mengikut keperluan. Kerajaan negeri menyasarkan hampir 60% kawasan berpenduduk di negeri Perak mendapat liputan 5G menjelang akhir 2023," kata Mohd Azlan kepada media di sini.
(Mohd Azlan berkata 264 tapak 5G di Perak sedia diakses pengguna)