SHAH ALAM, 13 Mac- Kementerian Pendidikan Tinggi komited memperkasakan sektor pendidikan negara, selaras misi menempatkan Malaysia sebagai hab pendidikan global.
Menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia harus menonjolkan diri sebagai "kota" ilmu dan bakat.
"Ia juga bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi yang mahu mengembangkan usaha-usaha kita dalam pendidikan tinggi, terutamanya dalam soal pengantarabangsaan dan sebagainya dimainkan oleh pihak IPTS," kata Mohamed Khaled selepas Majlis Pelancaran Program 'Dual Campus' dan 'Double Degree' Management & Science University (MSU) di sini.
Jelasnya, pelaksanaan program pengantarabangsaan bakal menarik minat negara lain menghantar kumpulan bakat terbaik mereka untuk diasuh dan digilap di negara ini.
"Kita memang menggalakkan soal ini sebab kehadiran pelajar dalam universiti, kita membangun kematangan dan mengurus kedewasaan dia. Bila dia terdedah kepada komuniti, dia akan mempunyai banyak perspektif dalam dia berfikir," katanya.
(Jelasnya, pelaksanaan program pengantarabangsaan bakal menarik minat negara lain
menghantar kumpulan bakat terbaik mereka untuk diasuh dan digilap di negara ini)