fb fb fb fb fb

Banjir Johor, 128 PPS dibuka

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Banjir di Johor menyebabkan sebanyak 128 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, setakat pukul 10.47 malam tadi.

Menurut portal InfoBencanaJKM, PPS berkenaan menempatkan 38,146 penduduk terjejas banjir daripada 10,884 keluarga.

"Daripada jumlah berkenaan, seramai 11,115 lelaki dewasa manakala 14,095 membabitkan perempuan dewasa.

"Seramai 4,733 kanak-kanak lelaki dan 4,449 lagi kanak-kanak perempuan.

"Setakat ini, hanya tiga negeri dilanda banjir iaitu Johor, Pahang dan Melaka.

"Di Pahang, hanya dua PPS dibuka. PPS berkenaan menempatkan 127 penduduk terjejas banjir daripada 44 keluarga.

"Melaka pula hanya terdapat satu PPS dibuka dan ia membabitkan 55 penduduk terjejas banjir daripada 13 keluarga," katanya.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu