fb fb fb fb fb

Sultan Selangor berangkat ke Majlis Santapan Malam

(Foto BERNAMA)

SHAH ALAM, 14 Mac- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenaan berangkat pada Majlis Santapan Malam sempena istiadat pembukaan persidangan penggal keenam Dewan Negeri Selangor ke-14 di sini, malam tadi.

Majlis santapan malam itu dilaksanakan selepas terpaksa ditangguhkan sebelum ini akibat penularan COVID-19.

Berangkat sama, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Majlis yang berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Concorde dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim dan semua Ahli Dewan Negeri Selangor.

Majlis santapan dan makan malam itu diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu