fb fb fb fb fb

Tol Rahmah percuma selama empat hari, beri keringanan kepada rakyat

KUCHING, 19 April- Tol Rahmah percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu meringankan beban kewangan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ikhtiar khas itu memberi implikasi kewangan sebanyak RM93 juta kepada kerajaan.

"Sebagai satu wang raya kepada rakyat bantuan kepada rakyat kerana dalam empat hari ramai yang akan melakukan pergerakan, jadi kos itu berpadanan dengan hasrat kerajaan yang ingin membantu rakyat," katanya demikian dalam sidang media di sini.

Semalam Anwar mengumumkan pengecualian bayaran tol selama empat hari bermula hari ini hingga 21 April dan pada 24 April melibatkan 33 lebuhraya bagi semua kelas kenderaan bagi meringankan beban serta memberi kegembiraan kepada rakyat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk bersama-sama meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui konsep kebajikan.

Pada majlis tersebut seramai 30 orang asnaf daripada kawasan Petra Jaya menerima sumbangan berupa bakul makanan dan duit raya.

(Ahmad Maslan)

Media Baharu