fb fb fb fb fb

JPJ Terengganu tumpu 20 lokasi panas dalam Ops HRA 2023

(FOTO RTM)

KUALA TERENGGANU, 19 April- Sebanyak 20 lokasi di Terengganu yang dikenal pasti sebagai kawasan hitam yang sering berlaku kemalangan maut akan diberi tumpuan oleh JPJ negeri itu sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri, (OPS HRA 2023).

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata seramai 160 anggota ditugaskan dengan memberi tumpuan di 17 Kawasan Kemalangan maut  di sekitar jalan persekutuan dan tiga kawasan maut di Lebuhraya, LPT.

Menurut Zulkarnain pihaknya merancang bagi meningkatkan lagi peratusan persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC) dalam kalangan pengguna jalan raya kepada 65 peratus.

"Kita merancang menyasarkan pencapaian POBC peningkatan sehingga 65 peratus,dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran dikalangan pengguna jalan raya dan akhirnya akan membantu penurunan kadar POBC", katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu Radio Terengganufm di Kuala Terengganu.

Sementara itu, JPJ Terengganu telah menjalankan pemeriksaan depoh bas sejak 14 April lepas.

Setakat ini, tujuh depoh bas dan 38 buah bas telah diperiksa.


(FOTO HIASAN/FOTO RTM)

Media Baharu