fb fb fb fb fb

Tol percuma untuk balik mengundi -PM

(Tol percuma melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang
dianggarkan sekitar 90% dari jumlah keseluruhan kenderaan
di lebuh raya/BERNAMA)


PUTRAJAYA, 14 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa 30 konsesi lebuh raya di seluruh negara telah bersetuju untuk menawarkan kadar tol percuma selama dua hari susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Jumaat dan Sabtu ini.

Ismail Sabri berkata, kadar tol percuma itu akan bermula dari pukul 12.01 pagi 18 November (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari Sabtu, 19 November 2022.

"Tol percuma melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya.

"Implikasi kewangan daripada inisiatif ini akan diserap sepenuhnya oleh syarikat-syarikat konsesi lebuhraya sebagai salah satu dari inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka, dengan anggaran kos tanggungan sebanyak RM34.5 juta.

"Tawaran pemberian tol percuma ini diputuskan setelah mengambil kira cadangan dan rundingan yang melibatkan antara Kementerian Kerja Raya dengan semua syarikat pengendali konsesi lebuhraya pada minggu lalu," katanya.

(Ismail Sabri berkata, kadar tol percuma itu akan bermula dari pukul 12.01 pagi
18 November (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari
Sabtu, 19 November 2022/BERNAMA)

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Cuepacs Putrajaya di sini.

Tambahnya, melalui inisiatif ini, kerajaan berharap ia dapat meringankan serba sedikit beban kewangan khususnya Keluarga Malaysia untuk pulang mengundi demi melaksanakan  tanggungjawab mereka sebagai pemilih dalam sistem demokrasi yang diadakan pada setiap lima tahun sekali.

Media Baharu