fb fb fb fb fb

'Together We Cheer' rai 50 anak-anak cerebral palsy

PUTRAJAYA, 18 Disember- Menjaga anak Cerebral Palsy (CP) atau kelumpuhan otak menuntut pengorbanan besar ibu bapa.

Bagi meningkatkan kesedaran mengenai cerebral palsy, Marriott's IOI Cluster of Hotel meraikan Hari Orang Kurang Upaya Sedunia menerusi program 'Together We Cheer' yang disertai 50 anak-anak cerebral palsy.

Program berkenaan mendapat kerjasama Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS) dan Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya.

Penolong Pengarah Pemasaran Marriott's Cluster of Hotel, Nur Azela Amir berkata hampir RM20,000 diperuntuk untuk membantu anak-anak cerebral palsy.

"Kita boleh berkomunikasi dengan ibu bapa, memahami lebih mendalam anak-anak mereka...juga nak membangkitkan kesedaran, perkenalkan celebral palsy ini dengan lebih meluas," katanya kepada RTM, di sini.

(Nur Azela Amir)

Menurut Pengasas Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS), Rafidah Ahmad penubuhan GAPS adalah usahanya mendekati ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya tersebut.

"Saya tubuhkan GAPS ini sebab saya pun ada anak CP, memang saya tengok kurang kesedaran mengenai CP dan nak dapat maklumat juga susah.

"Tiada sistem sokongan kepada ibu bapa dan komuniti CP secara keseluruhan, jadi dengan tertubuhnya GAPS ini kita kumpul maklumat dan beri sokongan dekat komuniti di Malaysia, menurut Rafidah.

(Rafidah Ahmad)

Sementara itu, bagi Mohd Zhariff Mohd Jaafar mempunyai anak cerebral palsy yang berusia dua tahun telah banyak mengajar erti kesabaran.

"Dapat anak syurga ini Allah uji kita ikut kemampuan orang kata kuat, bagi saya kekuatan dimaksudkan bukan pada saya dan isteri, kekuatan itu datang daripada orang sekeliling.

"Sebab itu saya dalam kumpulan ini, orang yang saya baru kenal juga kekuatan saya insya-Allah saya juga beri kekuatan kepada mereka untuk urus dan jaga amanah Allah ini sampai mana yang kami mampu," katanya.

(Mohd Zhariff Mohd Jaafar)

Media Baharu