fb fb fb fb fb

Hujan luar biasa di Kelantan sebabkan banyak kawasan ditenggelami air

KOTA BHARU, 19 Disember- Hujan lebat luar biasa yang melanda seluruh negeri Kelantan menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air.

Tinjauan RTM mendapati, beberapa laluan utama ditutup kepada kenderaan berikutan limpahan air sungai dan sistem perparitan yang tersumbat.

Penduduk yang tinggal di kawasan rendah juga tidak menunggu masa lama untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terdekat.

"Yang ada anak kecil minta jangan pulang dulu terutama jika rumah di kawasan rendah, kena berhati-hati," kata Mohd Firdaus Mohd Suhaimi.

(Mohd Firdaus Mohd Suhaimi)

"Kepada ibu bapa jangan bawa anak main air, elakkan," menurut Nur Natasya Syakila Ismail.

(Nur Natasya Syakila Ismail)

Sementara itu, hasil tinjauan di stesen aras air Tambatan Diraja Kota Bharu menyaksikan paras air pada pukul 10.00 malam masih lagi di tahap normal iaitu 2.48 meter dengan keadaan trend menaik.

Bilik Kawalan Operasi Banjir Pusat Ramalan dan Amaran Banjir JPS Negeri Kelantan sebelum ini memaklumkan Kota Bharu di Jeti Kastam di jangka mencapai aras air peringkat waspada pada pukul 10.00 malam esok.

Keadaan itu bagaimanapun tidak menyebabkan air melimpah masuk ke bandar Kota Bharu dan Istana Balai Besar dalam keadaan selamat.

Tempoh sela masa 48 jam air banjir dari bandar Kuala Krai sampai ke Kota Bharu adalah pukul 7.00 petang esok.

Media Baharu