fb fb fb fb fb

RTM kongsi keterujaan, kehangatan perlawanan akhir Piala Dunia 2022

KUALA LUMPUR, 19 Disember- Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi keterujaan dan kehangatan bersama-sama seluruh rakyat Malaysia dan warga kerja RTM menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Piala Dunia 2022 membabitkan Perancis menentang Argentina.

Warga kerja RTM hadir memeriahkan Program Layan World Cup@RTM sempena RTM sebagai penyiar berlesen Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang bermula sekitar 9.00 malam tadi di Angkasapuri Kota Media.

Hadir sama, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud.

(Bersempena Piala Dunia Qatar 2022, RTM menyiarkan 41
perlawanan iaitu 27 siaran langsung dan 14 siaran tertunda)

Pelbagai acara menarik disediakan kepada pengunjung antaranya sepak sampai bola kena, Foosball dan booth makanan.

Bersempena Piala Dunia Qatar 2022, RTM menyiarkan 41 perlawanan iaitu 27 siaran langsung dan 14 siaran tertunda.

Kesemua perlawanan tersebut disiarkan secara percuma di saluran TV2, TV Okey dan Saluran Sukan RTM.

Media Baharu