fb fb fb fb fb

Banjir Setiu, lebih 20 kenderaan terkandas

SETIU, 19 Disember- Banjir yang melanda daerah di sini menyebabkan lebih 20 kenderaan terkandas di laluan jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran bandar Permaisuri.

Aliran air yang deras telah menyebabkan pemandu kenderaan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

(Keadaan banjir di daerah Setiu)

Menurut Aizam Abdullah, beliau terkandas di laluan berkenaan sejak pukul 4.00 petang Ahad dan sehingga pukul 1.00 pagi masih tidak dapat melepasi laluan berkenaan.

"Dari petang dalam pukul empat lebih...kita orang, macam jentera berat pun takut juga nak lalu jalan itu," katanya.

Sementara itu, pemandu lori N Kannan berkata sepanjang dua tahun berulang alik menggunakan laluan tersebut, ini merupakan kali pertama beliau terkandas.

"Depan ada juga air, kita dah lepas tapi ini laju, dalam sangat tak berani nak lalu. Ini pertama kali, kita tiap-tiap bulan jalan sini, pertama kali kena," jelasnya.

Media Baharu