fb fb fb fb fb

Stok bekalan ikan semasa MTL dijamin mencukupi

Foto BERNAMA

BESUT, 25 September- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membuat persiapan awal bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.

Persiapan dilakukan bagi memastikan stok penimbal bekalan ikan mencukupi.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata pihaknya memberi jaminan tidak akan terputus bekalan sepanjang musim tengkujuh nanti.

Ia berikutan simpanan sedia ada ketika ini sangat mencukupi serta aktiviti menangkap ikan di negeri pantai barat itu akan diteruskan sepanjang tempoh berkenaan.

"Seluruh negara kita sediakan dalam 1500 tan ikan segar bekulah ikan popular lah ikan rakyat ikan kembung ikan selayang ikan aya ... mmg sentiasa ada mmg kita saya arahkan projek stockpile beberapa persatuan nelayan menjalankan projek ini dengan mereka ada peti sejuk atau bilik sejuk cool room simpan ada syarikat kita sendiri jumlah semasa kita ada 1500 metrik tan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kilang Air Batu Persatuan Nelayan Kawasan PNK Besut di Kompleks LKIM Kuala Besut hari ini.

Turut hadir Pengarah LKIM negeri Ahmad Nazri@ Abd Zaim Madri dan Pengerusi PNK Besut Tengku Harun Tengku Ismail. 

Beliau turut menyampaikan sumbangan enjin 40 kuasa kuda, pukat serta tong fiber kepada 22 penerima.

Trainee2