fb fb fb fb fb

INSKEN bantu lonjak jualan usahawan tempatan - Ewon

PUTRAJAYA, 19 Disember- RM8.7 juta berjaya dihasilkan melalui Program Bimbingan Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) yang dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick memaklumkan institut itu turut membantu meningkatkan hasil jualan 141 usahawan melalui tiga program bimbangan yang dilaksanakan.

Program tersebut merupakan INSKEN Bumiputera Business Coaching, Program Bimbingan Pembangunan Produk dan Program Bimbingan Keuntungan Menu.

RM3.8 juta peningkatan hasil jualan telah dicipta daripada ketiga-tiga program tersebut.

"Saya juga berbangga kerana ada usahawan yang dulunya menjadi peserta program INSKEN kini telah menjadi jurulatih industri, ini suatu yang baik," katanya.

(Datuk Ewon Benedick)

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2022, di sini.

Pada majlis itu, seramai 180 usahawan menerima sijil selepas berjaya menamatkan program bimbingan INSKEN.

Media Baharu