fb fb fb fb fb

Banjir di Kelantan: Jumlah penduduk terjejas banjir meningkat 4,835

KOTA BHARU, 18 Disember - Setakat pukul 7.00 petang tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan meningkat seramai 4,835 orang melibatkan 1,435 keluarga dipindahkan ke 48 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Situasi itu membabitkan tujuh daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Kota Bharu, Jeli dan pasir putih.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 14 PPS dibuka di daerah Tanah Merah, diikuti sembilan PPS di Kuala Krai dan Pasir Mas, lima PPS di Machang, manakala tiga PSS dibuka di daerah Pasir Puteh dan Kota Bharu serta dua PPS di Jeli.

Sementara itu, berdasarkan laman web rasmi Public infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat pukul 7.00 petang, enam sungai di negeri itu mencatatkan aras melebihi tahap bahaya antaranya Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Lanas di Air Lanas Jeli, Sungai Lebir di Kampung Tualang Kuala Krai, Sungai Golok di kampung Jenob Tanah Merah.

(FOTO FAIL/BERNAMA)

Media Baharu