fb fb fb fb fb

TNB serah zakat perniagaan bernilai RM583,330.13 kepada MAIPs

KUALA PERLIS, 24 Februari - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM583,330.13 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Zakat perniagaan bagi tahun 2020 itu dipersembahkan oleh Ketua Pegawai Global Business Solutions, Ahmad Hushairi Ibrahim kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyerahkan zakat MAIPs berjumlah RM21,000 kepada 30 asnaf bagi kariah Seberang Ramai, pada majlis yang diadakan di Kampung Pulau Ketam, Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Bersempena Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TNB berkenaan, turut berlangsung Explorace Berbasikal Jemputan Ketua-Ketua Jabatan Negeri Perlis dan pengamal media serta Taklimat Keselamatan Elektrik kepada penduduk Kampung Seberang Ramai.

Baginda bersama Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut membuat pelepasan seramai 70 orang peserta Explorace TNB 2022.

Media Baharu