fb fb fb fb fb

TMM 2024: Melaka tawar pakej pelancongan harga munasabah

MELAKA, 6 Oktober- Melaka menawarkan pakej pelancongan pada harga munasabah sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Jaminan itu diberikan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman. Ia bertepatan dengan status Melaka sebagai sebuah bandar pelancongan yang mampu dilawati.

Beliau berkata menerusi siri jelajah promosi TMM 2024, orang ramai boleh mendapatkan pakej pelancongan di Melaka dengan harga lebih murah daripada asal. 


(Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman)

"Pada tahun 2024 ini kita buat Tahun Melawat Melaka, sudah semestinyalah seperti apa yang kita sebut tadi tawaran yang begitu menarik sekali dan harganya bukan hanya berpatutan, malah kita bagi keistimewaan kepada tetamu-tetamu sempena Tahun Melawat Melaka tahun hadapan.

"Jadi jangan lepaskan peluang datang beramai-ramai untuk merasai kemeriahan Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) peringkat Negeri Melaka ini", katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan, Pameran Persatuan Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia, di Bandaraya Melaka. 

Tambah beliau, potongan harga yang ditawarkan agensi pelancongan, adalah usaha untuk merealisasikan sasaran 18 juta pelancong pada tahun hadapan.

Media Baharu