fb fb fb fb fb

Guna teknologi robotik AI dalam penjagaan kesihatan penyakit berjangkit

(FOTO BERNAMA)

KUCHING, 6 Oktober - Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan kepada Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) agar mempertimbangkan penggunaan teknologi robotik di dalam penjagaan kesihatan penyakit berjangkit.

Abang Johari berkata langkah itu bagi mengurangkan jangkitan dalam kalangan manusia pada masa sama memantapkan sistem penjagaan kesihatan.

Beliau mengambil contoh "Grace The Robot" iaitu robot humanoid jururawat yang dibangunkan sebuah firma robotik berpangkalan di Hong Kong yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (A.I. Artificial Intelligence).

Penggunaan robot itu digunakan untuk menemani pesakit yang diasingkan di wad akibat jangkitan COVID-19.


(FOTO BERNAMA)



Tanpa menjelaskan lebih lanjut, Premier meminta para saintis mengkaji keadaan yang sesuai bagi penggunaan robot seperti itu dalam penjagaan kesihatan.

Beliau berucap pada Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian di antara SIDC dengan rakan kongsi antarabangsa iaitu Australian National Phenome Centre, AMILI Singapore , Monash University Malaysia , Pacific Biosciences , Numares AG dan Agilent Technologies Malaysia di sini.

Beliau melihat kerjasama itu merupakan permulaan bagi Sarawak dalam mewujudkan ekosistem dalam sains bio-perubatan.

Media Baharu