KUALA LUMPUR, 8 Mac- Bersempena Hari Wanita Sedunia, Telekom Malaysia Berhad (TM) komited memupuk generasi pemimpin wanita baharu dalam penerajuan bidang inovasi dan teknologi.
Ia menerusi ASPIRE: A Women's Advancement Programme, satu program mentor mentee melibatkan 30 kakitangannya yang berprestasi tinggi.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching berkata program pembangunan kepimpinan selama setahun itu mempersiap serta mengembang imej profesional dan peribadi wanita bagi kemajuan kerjaya mereka.
"Saya percaya bahawa usaha sebegini adalah sangat penting untuk kita nampak lebih banyak wanita duduk dalam peringkat ataupun 'decision making level'.
"Supaya mereka boleh memastikan bahawa apabila kita di peringkat membuat keputusan, kita juga dapat input daripada wanita, supaya kita dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih mesra keluarga untuk semua orang," katanya.
(Teo Nie Ching)
Beliau ditemui pada Sambutan Hari Wanita dan Pelancaran ASPIRE: A Women's Advancement Programme oleh TM, di sini hari ini.
Jelas beliau, KKD komited mendidik masyarakat dalam usaha untuk menghentikan peranan stereotaip dalam kalangan wanita dan lelaki.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Imri Mokhtar yakin program pembangunan kepimpinan akan terus memperkasa kaum wanita, selain menyokong komuniti dengan lebih luas.
"Pada kami ia sejajar dengan aspirasi kami untuk aspirasi agenda 'sustainability' untuk menangani dan menjurus ke arah kesaksamaan jantina," menurutnya.
(Datuk Imri Mokhtar)