fb fb fb fb fb

Boleh berkarya di media sosial, jangan sentuh sensitiviti 3R- Fahmi

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 9 Mac-Pencipta kandungan bebas untuk berkarya di platform media sosial selagi ia tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ada kandungan positif yang ditularkan mampu menjadi contoh tauladan.

"Pembuat kandungan perlu bermuhasabah. Apakah kandungan yang baik untuk kita.Baik untuk yang beragama Islam.Baik untuk amalan dan balasan di akhirat nanti. Bila kita buat kandungan perkara-perkara seperti ini kita kena fikirkan", kata Fahmi.

Tambah Fahmi, pihaknya dengan kerjasama penyedia platform media sosial terus melakukan pemantauan bagi memastikan kandungan yang menyentuh 3R tidak tersebar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan KNKV Viral Award dan majlis penjenamaan semula KNKV Group di sini malam tadi.

Sementara itu, Fahmi berkata, pihaknya terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (MCMC) tidak selalunya meminta penyedia platform media sosial untuk menurunkan sesuatu kandungan, kecuali jika ia mendapat aduan orang ramai atau dikesan menyentuh mengenai 3R.


(Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil)

Media Baharu