fb fb fb fb fb

Agensi penyelamat hantar bantuan ke PPS terputus hubungan

SEGAMAT, 9 Mac- Agensi penyelamat Daerah Segamat berjaya menghantar bekalan makanan tambahan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi menggunakan bot.

Bantuan dihantar ke empat PPS, PPS Bukit Senggir, PPS Kampung Chodan, PPS Kampung Tekam dan PPS Kampung Limau.

Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail, "kita menggerakkan enam buah bot daripada pihak polis, jadi kita ada tiga bot daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dua bot daripada bomba.

"Semua berganding tenaga dalam satu pasukan untuk memastikan bekalan kita sampai ke tempatnya seperti yang kita rancang," katanya kepada pemberita di sini.

Setakat pukul 6.00 pagi tadi, situasi banjir di beberapa daerah semakin pulih, namun Batu Pahat terus terjejas melibatkan 32,312 penduduk diikuti Muar (4,151) dan Tangkak (2,499).

(Mazuki Ismail)

Media Baharu