fb fb fb fb fb

TM cadang penyusunan semula peringkat dalaman

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mencadangkan penyusunan semula di peringkat dalaman yang melibatkan pemindahan perniagaannya di Malaysia kepada entiti operasi tunggal yang dinamakan sebagai TM Technology Services Sdn Bhd (TM Tech).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya penyusunan semula itu dijangka selesai pada 31 Disember tahun depan.

TM berkata, 11 anak syarikat yang terlibat ialah Cybermall Sdn Bhd, Mobikom Sdn Bhd, Telekom Applied Business Sdn Bhd, Telekom Enterprise Sdn Bhd, Telekom Multi-Media Sdn Bhd, Telekom Sales and Services Sdn Bhd, Telekom Technology Sdn Bhd, TM Info-Media Sdn Bhd, TM Net Sdn Bhd, VADS Bhd, dan VADS Lyfe Sdn Bhd.

Menurutnya, di bawah perjanjian penggabungan bersyarat itu, semua aset dan liabiliti dikenal pasti akan dipindahkan dan diberikan hak kepada TM Tech berkuat kuasa pada dan mulai 1 Mac 2023, atau tarikh yang mungkin dipersetujui bersama oleh pemindah dan TM Tech serta seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi.

(Foto hiasan)

TM berkata, sebagai sebahagian daripada cadangan penyusunan semula dalaman itu, pemindah terpilih akan dibubarkan pada 31 Disember 2023 melainkan TM dan VADS yang tidak akan dibubarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Imri Mokhtar turut berkata kesalinghubungan dan tawaran digital kami juga akan membolehkan kami memilih gabungan penyelesaian yang sesuai untuk memenuhi keperluan unik gaya hidup individu dan perniagaan.

Bagaimanapun kakitangan TM akan kekal sebagai enjin pelaksanaan bagi TM dan transformasi digital negara.

 

Media Baharu