fb fb fb fb fb

Tinjauan bina BGP Sarawak dijangka selesai Oktober ini - JPM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak memaklumkan pihaknya kini dalam proses tinjauan berhubung pembinaan bangunan guna sama Persekutuan (BGP) di negeri itu.

Langkah itu mengambil kira keperluan menggantikan bangunan lama dengan menyediakan ruang pejabat yang mencukupi kepada kakitangan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong berkata tinjauan itu dijangka selesai pada penghujung bulan ini.

"Tinjauan di daerah itu, tertakluk kepada hasil tinjauan pejabat SUP yang dilaksanakan selain kelulusan kerajaan. Aspek ini kita perlu ambil kira peruntukan Kementerian Kewangan," kata Wilson di Parlimen, hari ini.

Kementerian juga menyambut baik cadangan untuk menyatukan bangunan pejabat kerajaan negeri sama seperti di Putrajaya.

Beliau menjawab pertanyaan Lawas, Datuk Henry Sum Agong mengenai langkah kerajaan mendirikan bangunan Pejabat Persekutuan baharu di Sarawak.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM