fb fb fb fb fb

Tingkat peranan PEDi sebagai pusat pemangkin ekonomi digital - Fahmi

LANGKAWI, 24 Mei - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan menjadi pemangkin untuk merancakkan ekonomi setempat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata bagi tujuan itu pemikiran terhadap operasi PEDi perlu diubah daripada hanya menjadi pusat internet komuniti kepada pusat pemangkin ekonomi digital.

Katanya, ia selari dengan konsep Malaysia Madani Kerajaan Perpaduan yang mementingkan aspek manusiawi dan menoktahkan kemiskinan.

Bagi merealisasikannya, Fahmi berkata tiga PEDi di daerah Langkawi dipilih menjalankan program rintis.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

"PEDi itu boleh kita sediakan beberapa perkhidmatan lain serta program-program yang lain menepati keperluan tempatan apa yang kita perlu lakukan untuk kumpulan-kumpulan tertentu," katanya ketika ditemui pada program Kita Madani di Pulau Tuba, di sini.

Sementara itu, berkaitan isu liputan internet di Pulau Tuba, Fahmi berkata ia akan diselesaikan dengan perkongsian rangkaian antara penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

"Saya menegaskan apa yang Perdana Menteri harapkan iaitu isu perkhidmatan internet di Malaysia perlu segera ditambah baik ada beberapa usaha yang kita sedang rencanakan.

"Pertama persefahaman di kalangan syarikat-syarikat telekomunikasi bahawa mereka boleh bekerjasama, kedua di pihak SKMM akan menggunakan pendekatan yang ada segala peruntukan yang memastikan hasrat kerajaan tercapai," kata Fahmi.

Media Baharu