SEREMBAN, 21 April - Penggunaan dron oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membantu meningkatkan penguatkuasaan sistem demerit bawah Sistem Penalti Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA), bagi mengurangkan kesalahan lalu lintas.
Pengarah Kanan Bahagjan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata ia juga bagi memastikan pengguna mematuhi arahan dan undang-undang jalan raya sekali gus mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan 50 peratus menjelang 2030.
Tambahnya, sejak Januari 2022 hingga 5 April lepas, sebanyak 146,261 mata demerit KEJARA dikenakan kepada pengguna dengan 1,935 pemegang lesen diberikan amaran, digantung kali pertama sebanyak 412, kali kedua 75, dan kali ketiga tujuh manakala enam pemegang lesen pemandu percubaan (PDL) dibatalkan lesen.
"Antara kesalahan yang dikenakan mata demerit ialah memotong garisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan melanggar lamu isyarat merah. Jadi dron ini akan digerakkan untuk mengesan kesalahan terbabit dan segera diambil tindakan," kata Lokman, di sini.
Penguatkuasaan melalui penggunaan dron akan dilaksana secara berterusan dan pada masa sama meningkatkan kebolehan anggota dalam mengendalikan peralatan berkenaan.
Tambahnya, 15 dron digunakan untuk bantuan penguatkuasaan di enam negeri termasuk Negeri Sembilan, Melaka dan Ibu Pejabat JPJ manakala lain-lain negeri sedang dalam proses mendapatkan lesen.
Sementara itu, Lokman berkata, sebanyak 15 dron digunakan sebagai alat bantuan penguatkuasaan kesalahan jalan raya di enam negeri termasuk Negeri Sembilan, Melaka dan Ibu Pejabat JPJ.
Bagaimanapun, lain-lain negeri ketika ini masih dalam proses mendapatkan lesen penerbangan dron.
(Lokman ditemui media ketika menghadiri majlis pembudayaan keselamatan jalan raya
melalui penguatkuasaan sistem KEJARA, bertempat di Plaza Tol Ainsdale)
Jelasnya, 129 kawasan hotspot kemalangan di seluruh negara akan dipantau pihaknya termasuk dengan penggunaam dron sedia ada.
"Hotspot kita ada 129 hotspot yang telah kita kenal pasti, iaitu kita panggil koridor-koridor kemalangan jalan raya. Di mana hotspot, 129 hotspot ini, anggota-anggota kita, akan berada dalam bergerak terhadap hotspot-hotspot ini, dan membawa dron-dron ini bagi memastikan penguatkuasaan secara dron ini dapat kita laksanakan. Dan, dirasai lah oleh orang ramai," katanya lagi.
Kaedah penguatkuasaan dengan penggunaan dron juga dilihat efektif sekali gus dapat membudayakan keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.