fb fb fb fb fb

Tingkat pembangunan mekanisasi, atasi kebergantungan pekerja asing sektor perladangan

BANDA HILIR, 1 November- Pembangunan mekanisasi dalam sektor perladangan sawit perlu dipertingkat sebagai alternatif terbaik mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, jentera dan perkakasan yang dibangunkan perlu lebih canggih, selesa, selamat dan separa automatik untuk menarik lebih ramai warga tempatan bekerja di ladang sawit.

Beliau yakin penggunaan teknologi mekanisasi mampu menyumbang impak positif untuk peningkatan daya saing industri sawit negara.


(Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,
Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng)

"Jadi kita harap melalui apa cara sekalipun dapat menggunakan mekanisasi ini pada masa akan datang untuk meningkatkan produktiviti sawit ini dan bantu atasi yang kekurangan kebergantungan buruh di negara ini”, katanya

Ketika ini sektor perladangan sawit berdepan kekurangan kira-kira 100,000 pekerja warga asing berikutan kekangan dari negara sumber.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan “Labour and Mechanisation in Plantation Seminar (LAMP) 2022” di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj Ghulam Kadir.

Tambah beliau, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setakat ini telah mencipta dan membangunkan lebih 35 jentera ladang dalam usaha meningkatkan kecekapan aktiviti perladangan dan produktiviti buruh.

Media Baharu