fb fb fb fb fb

Penemuan 33 tong berisi bahan kimia berhampiran RTC Gopeng sedang disiasat

IPOH, 1 November - Siasatan berhubung penemuan 33 tong berisi bahan kimia, dipercayai dibuang secara haram berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, sedang dijalankan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata ketika ini tiada sebarang petunjuk diperoleh.

"Jadi pihak kita telah menjalankan siasatan dan pihak polis telah menyerahkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar untuk menjalankan siasatan.

"Ya... jika kita menjumpai petunjuk-petunjuk atau suspek-suspek yang melakukan perkara ini kita akan membuat tangkapan," kata Mohd Yusri di sini.

(Mohd Yusri ketika bercakap kepada pemberita)

Dalam kejadian petang semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak telah menerima aduan mengenai pembuangan bahan kimia tersebut di kawasan lapang berhampiran RTC Gopeng.

Hasil siasatan dilakukan JAS dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) menemui 33 tong bahan kimia dalam keadaan berselerak dan berasap serta berbau di lokasi kejadian.

Kesemua tong didapati bocor dan setiap daripadanya mengandungi cecair bahan kimia berjadual dan merupakan sejenis bahan beralkali yang boleh bertindak balas dengan air.

Media Baharu