fb fb fb fb fb

Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022: Siri Perak, Selangor tawar hampir 16,000 peluang pekerjaan

KUALA LUMPUR, 1 November- Hampir 16,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ditawarkan menerusi Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang bakal berlangsung di Perak dan Selangor minggu ini.

Majikan yang mengambil pekerja daripada golongan sasar termasuk penganggur, orang kurang upaya dan warga emas berpeluang menerima insentif sehingga RM42,000 bawah Program JaminKerja-Insentif Penggajian.

Pencari kerja yang memperoleh pekerjaan pula berpeluang menerima bantuan mobiliti sebanyak RM500 secara sekali bayar.

Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan disediakan di karnival ini, termasuk bantuan pendaftaran Portal Pekerjaan Negara (MYFutureJobs) yang menawarkan sebanyak 293,878 jawatan kosong aktif kepada pencari kerja di seluruh negara.

Pencari kerja yang berkunjung ke lokasi digalakkan mendaftar di pautan MYFutureJobs sebelum menghadiri Karnival Kerjaya.

Karnival Kerjaya yang akan diadakan di Arena TN50, Tapah, Perak esok akan dirasmikan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Manakala, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Senator Datuk T. Mohan, masing-masing akan merasmikan karnival di 1 Plaza, Kuala Selangor dan di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali, Hulu Selangor pada Khamis ini.

(Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022)

Media Baharu