fb fb fb fb fb

PRU15: Bomba periksa keselamatan bangunan

BAYAN BARU, 1 November- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan segera berhubung dengan SPR bagi mendapatkan senarai penuh bangunan yang bakal digunakan pada hari-hari penting Pilihan raya Umum ke-15 (PRU-15)

Ia bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan menyeluruh dilaksana di semua kemudahan berkenaan. Fokus, tertumpu kepada pencegahan dan pengawalan kebakaran.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya sedang memeriksa premis-premis Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) yang mengendalikan proses mencetak kertas undi.

(Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid)

"Kita hendak memastikan bangunan itu selamat dan kertas undi ini dalam keadaan selamat. Kita juga bersedia di balai bomba yang terdekat sekiranya berlaku, kita akan respons cepat, kalau perlu kita kena bersedia pada masa-masa tertentu. Kita akan patuhi kehendak mereka ini", katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Pindaan 2021 Peringkat Zon Utara di Bayan Baru.

Media Baharu