fb fb fb fb fb

Kadar subsidi telur ayam dinaikkan dua sen

KOTA BHARU, 1 November- Berkuat kuasa hari ini, kadar subsidi telur ayam gred A, B, dan C dinaikkan dua sen.

Ini menjadikan kadar subsidi telur ayam di peringkat ladang menjadi 10 sen sebiji.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata tambahan tersebut dijangka memberi manfaat kepada 338 ladang ayam ternakan untuk memastikan bekalan telur di pasaran lebih konsisten dan stabil.

"Dengan pengumuman ini, diminta pihak jawatankuasa MAFI dan Kementerian Pertanian dengan menggunakan kaedah-kaedah dan perinciannya dengan merujuk kepada Kementerian Kewangan.

"Kepada sistem membayar yang telah sedia ada diperakukan supaya subsidi naik 10 sen dan diterima MOF dengan melibatkan telur gred A, B, C dan libatkan perbelanjaan lebih RM20 juta.

"Untuk tempoh satu bulan. Jadi dengan pengumuman itu khususnya mesti segera laksanakan dengan guna perincian boleh rujuk MOF bahagian belanjawan. Setidak-tidak pengeluar boleh mula balik langkah tingkat pengeluaran," kata Annuar.

Setakat September lalu, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM1.2 bilion bagi subsidi ayam dan telur ayam bagi mengawal harga bahan mentah itu.

(Kadar subsidi telur ayam naik dua sen bagi pastikan bekalan stabil di pasaran)

Media Baharu