fb fb fb fb fb

Tinggalkan sikap keakuan, megah diri

(Datuk Dr Mohd Na'im ketika menyampaikan khutbah Arafah berkata, ibadat haji mengajar
erti menginsafi kekurangan selain lambang kesamarataan di hadapan Allah)

MEKAH, 27 Jun- Umat Islam diseru meninggalkan sikap keakuan atau megah diri, sebaliknya bersikap rendah diri dan menyerahkan sepenuh keabdian serta ketaatan kepada Allah SWT.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar ketika menyampaikan khutbah Arafah berkata, ibadat haji mengajar erti menginsafi kekurangan selain lambang kesamarataan di hadapan Allah.

"Buangkan sifat takbur yang bersarang dalam diri. Jangan berasa diri kita lebih baik, lebih mulia dan lebih besar berbanding orang lain. Ingatlah bahawa sikap keakuan inilah yang telah mencampakkan iblis dan syaitan menjadi makhluk yang ingkar ketika disuruh sujud kepada Nabi Adam AS," kata Mohd Na'imi

Selesai Khutbah Arafah, jemaah haji Malaysia melaksanakan solat jamak takdim Zuhur dan Asar secara tamam disusuli talbiah dan zikir.

(Foto fail)

Media Baharu