fb fb fb fb fb

Ops Lancar Aidiladha di Terengganu bermula hari ini

KUALA TERENGGANU, 27 Jun- Ops Lancar bersempena Aidiladha bermula di Terengganu hari ini hingga 2 Julai dengan fokus utama mengurangkan statistik kemalangan maut.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata 20 pegawai bersama 112 anggota ditugaskan.

Tumpuan diberi kepada lokasi sering berlaku kemalangan maut termasuk di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Peningkatan 100% statistik kemalangan direkodkan di Tenerengganu pada 2021 dan 2022.

"Pengguna jalan raya mesti mempunyai kesabaran sedikit kerana ramai yang balik kampung. Semua pengguna jalan raya mahu sampai ke destinasi secepat mungkin. Jadi mereka perlu ada kesabaran dalam diri masing-masing supaya tidak berlaku peningkatan kemalangan. Patuhi peraturan jalan raya dan memandu secara berhemah," kata Mazli selepas meninjau aliran trafik di plaza tol Kuala Terengganu dekat Bukit Gemuruh di sini.

45,000 hingga 60,000 kenderaan dijangka memasuki Terengganu sepanjang Aidiladha kali ini.

(Ops Lancar Aidiladha di Terengganu bermula hari ini)

Media Baharu