fb fb fb fb fb

Buka lembaran baharu, peluang perdagangan antara dua negara

Foto FB Menteri

VIENTIEANE, 27 Jun- Buka lembaran dan penerokaan baharu antara reaksi diaspora Malaysia di Laos ke atas lawatan rasmi pemimpin negara.

Lawatan sulung Perdana Menteri selama dua hari cukup bermakna buat 230 rakyat Malaysia, bukan sahaja membawa pelaburan dari Malaysia malah membuka jalan perdagangan antara dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat Malaysia yang menetap di Laos di samping mengadakan dialog secara terus mengenai pelbagai perkara.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-Laos, Tee Chee Seng, peluang itu harus dilaksana sebaik mungkin dalam mengembalikan kestabilan ekonomi negara.

"Cabarannya di sini kerana Laos adalah negara kecil. Walau bagaimanapun, sekarang dah ada pelbagai kemudahan dan pembangunan contohnya seperti kereta api berkelajuan tinggi dari China ke Laos.

Susulan termetrai perjanjian kedua negara ini, saya yakin ia amat baik untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia dan juga Laos," kata Chee kepada pemberita dalam majlis itu.


(Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-Laos, Tee Chee Seng)

Bagi syarikat pelabur, cabaran penerokaan pelaburan baru disini harus dilihat secara positif dan ia perlu dilaksanakan dengan sokongan kerajaan seperti yang dimeterai hari ini.

Perkara sama turut disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Baharin Din.

"Dalam apa jua pembukaan lembaran baharu, kita tahu pada awalnya akan alami sedikit cabaran tetapi untuk jangka panjang, ia menjanjikan pulangan yang konsisten. Moga ia kekal berterusan dan mendapat sambutan menggalakkan," kata Baharin kepada pemberita.


(Foto FB Menteri)

Perdana Menteri turut merasmikan bangunan baru Kedutaan Malaysia di Vientiane yang kini diterajui oleh Duta Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud

Turut hadir ke majlis perasmian, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

 

Media Baharu