KULAI, 5 April - Batalion 5 Pasukan Gerakan AM (PGA) berjaya memutuskan rangkaian penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang bernilai lebih RM300,000.
Ini susulan tangkapan lima suspek di Kulai pada pukul 2 petang semalam.
Pegawai Pemerintahnya Superitendan Dimin Awang berkata, tangkapan melibatkan tiga warga tempatan dan dua warga asing yang berusia 34 hingga 42 tahun.
Hasil pemeriksaan pihaknya merampas 40,000 liter minyak bersubsidi.
(Dua buah lori terbabit dirampas)
Turut dirampas dua lori, lima tong kosong, lima pam minyak diesel, dua tangki besi yang boleh memuatkan 20,000 liter minyak setiap satu.
Tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.