fb fb fb fb fb

Rosmah dibenar fail hujah tambahan berhubung tuduhan rasuah - Mahkamah

KUALA LUMPUR, 5 April- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pendakwaan untuk memfailkan hujahan tambahan dalam kes terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berdepan pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn selepas prosiding hari ini.

Beliau turut berkata pihaknya perlu memfailkan hujahan tambahan pada 22 April dan 12 Mei untuk pembelaan menjawab hujahan itu manakala 12 Mei depan ditetapkan untuk sebutan kes.

Pada 23 Februari lepas, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil dua saksi.

Pada 18 Februari tahun lepas, Datin Seri Rosmah diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.


(Gambar Fail)

Media Baharu