fb fb fb fb fb

Pemakaian pelitup muka kekal

(Khairy beramah mesra bersama pegawai Kesihatan Negeri Perak/BERNAMA )

IPOH, 5 April - Peraturan pemakaian pelitup muka akan dikekalkan meskipun negara telah memasuki fasa endemik.

Tindakan itu diambil setelah mendapat nasihat daripada pakar.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ini berbeza berbanding tindakan negara-negara Eropah yang tidak mewajibkan rakyat mereka untuk memakai pelitup muka.

Pemakaian pelitup muka akan terus dipraktikkan di Malaysia terutamanya di kawasan tertutup.


(Khairy bercakap kepada media selepas mengadakan lawatan
di Jabatan Kesihatan Negeri Perak/BERNAMA)

"Berbeza sedikit dengan negara-negara Eropah, United Kingdom (UK) Amerika Syarikat (AS) dan sebagainya. Semuanya telah buang pelitup muka (tidak lagi digunakan), tetapi di Malaysia kita akan kekalkan pemakaian pelitup muka terutamanya di kawasan tertutup. Sebab saya dapati bahawa (pakar-pakar memaklumkan kepada saya), ia antara perlindungan yang terbaik.

"Alhamdulillah kita tengok masjid dah mula saf penuh, sejadah dah mula dirapatkan. Tapi tolong pakai pelitup muka, tapi pakai pelitup muka dengan betul lah, jangan letak di dagu sahaja," menurut Khairy, dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini.

Tambah beliau, selain mengambil vaksin sebagai perlindungan, pemilik premis atau majikan digalakkan untuk melabur dalam meningkatkan sistem pengudaraan di dalam pejabat dengan penapis udara yang berkualiti tinggi.

Media Baharu