fb fb fb fb fb

Lelaki warga asing dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan seludup migran

KANGAR, 5 April- Seorang lelaki warga Thailand, Suchat Tohdin, 34 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan menyeludup seorang migran warga Myanmar di Padang Besar kira-kira 8 tahun lepas.

Tertuduh yang ditahan pada 26 Mac lalu mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Musyri Peet.

Mengikut pertuduhan, Suchat didakwa melakukan perbuatan itu ke atas seorang migran warga Myanmar di antara Ogos 2014 hingga 10 Mac 2015 lebih kurang pukul 5.30 pagi di Bukit Wang Kelian, Kaki Bukit.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ANTIPSOM) 2007 yang boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan didenda atau kedua-duanya sekali.


(Tertuduh, Suchat Tohdin dari Thailand diiringi pihak polis keluar dari perkarangan Mahkamah Sesyen Kangar)

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwa Raya Negeri, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili penguam Baharudin Baharim.

Mahkamah menetapkan 21 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media Baharu