fb fb fb fb fb

Raja Perlis berkenan terima mengadap SUK Perlis baharu, Hasnol Zam Zam

ARAU, 5 April- Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap pengenalan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis yang baharu, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad di Balai Menghadap Biru, Istana Arau.

Dalam majlis, baginda menitah nasihat kepada Hasnol Zam Zam agar dapat memimpin pentadbiran perkhidmatan awam di negeri ini supaya menyempurnakan segala tugasan dengan cepat serta efektif, menjauhi budaya rasuah dan berkhidmat dengan penuh semangat integriti.

Hasnol Zam Zam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perancangan Bandar dari Universiti Utah, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Perancangan Bandar dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun sejak mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1992.


(Gambar Fail)

Hasnol Zam Zam memiliki kelayakan dan pengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Media Baharu