fb fb fb fb fb

Lelaki terbabas ke dalam gaung di Genting Highlands

GENTING HIGHLANDS, 5 April- Anggota bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Pahang menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap di dalam kereta selepas terbabas dan masuk gaung di Kilometer 5.6 jalan naik Genting Highlands.

Seramai sembilan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan menyelamatkan seorang lelaki berusia 49 tahun kira-kira pukul 8.58 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria berkata Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu.


(Mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut)

"Mangsa didapati masih hidup dan telah mengalami kecederaan dan luka di muka, tangan dan kaki. Pegawai dan anggota bomba berjaya membawa mangsa keluar daripada keretanya dengan menggunakan peralatan menyelamat seperti tali, ''spinal bord', 'cervical collar' dan 'scoop stretcher'," kata Zulfadli kepada pemberita RTM.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Genting Highlands dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Media Baharu