fb fb fb fb fb

Rundingan dengan negara-negara besar dunia, iktiraf Mysejahtera

IPOH, 5 April - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang berunding dengan negara-negara besar dunia untuk mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 Malaysia, Mysejahtera.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ia bagi memudahkan pergerakan pengembara Malaysia dengan hanya penggunaan sistem tersebut seperti di negara Kesatuan Eropah (EU).

Jelas beliau, Sistem Pengurusan Vaksin (VMS) yang dibangunkan Malaysia setara dengan sistem yang digunakan oleh EU dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Pengiktirafan oleh EU merupakan satu pengiktirafan yang tinggi sebab mereka melihat kepada sistem disebalik sijil vaksinasi kita. Sistem yang kita bangunkan memang serasi dengan EU dan WHO dan kita melalui MOSTI sedang berunding dengan semua negara-negara yang besar destinasi pelancongan supaya diiktiraf Mysejahtera," menurut Khairy selepas mengadakan lawatan kerja di Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

(FOTO BERNAMA)

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata beliau akan hadir memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu Pembangunan dan Perolehan aplikasi MySejahtera pada 14 April ini.

"Itu la sebab bila saya dipanggil oleh Dewan Negara PAC saya pergi sebab saya nak bagi keyakinan pada orang ramai bahawa saya tiada apa-apa untuk sembunyi, sebab bagi saya aplikasi ini penting kita guna untuk COVID-19, untuk kita pantau rakyat di rumah," katanya lagi.

Media Baharu