KUALA LUMPUR, 18 Disember - Semua agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara telah digerakkan sepenuhnya bagi memastikan tindakan berkesan membantu penduduk terjejas banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara memaklumkan, kesediaan itu termasuk memastikan kebajikan penduduk terjejas yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sentiasa terjaga.
"Ini tentunya memerlukan kesiapsiagaan termasuk dalam kalangan penduduk di kawasan-kawasan berisiko banjir.
"Selain itu, kerjasama dengan Kementerian Pendidikan turut dilaksana memandangkan ada sekolah-sekolah yang digunakan sebagai PPS,"katanya selepas berucap pada Majlis Konvokesyen UPTM ketiga di sini.
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu laporan terkini mengenai situasi banjir di beberapa negeri telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri.