fb fb fb fb fb

Tiga warga bangladesh maut, MPV terbabas di LPT1

FOTO Polis Trafik Kuantan

KUANTAN, 2 Ogos – Tiga lelaki warga Bangladesh maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabas di Kilometer 200.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Penguasa Polis (Supt) Mohd Adli Mat Daud berkata, nahas kira-kira 7.30 malam itu mengorbankan pemandu, Md Sabber Hasan, 30, serta dua penumpang, Md Jahid Hasan, 21, dan Abdullah, 24, yang meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua lagi mangsa yang cedera, Md Habib Bissas, 45, dan Maniram Chandra Bas, 40, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai akibat kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan. Pemandu juga tidak mempunyai lesen memandu manakala cukai jalan kenderaan tamat tempoh sejak Mei 2025,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE